Monday, May 31, 2010

Kongres Ekonomi Melayu Anjuran Majlis Perundingan Melayu - Kelangungan Bangsa Melayu

Kongres Ekonomi Melayu anjuran MPM diadakan di Dewan Merdeka PWTC. Pelbagai NGO Melayu datang dari seluruh negara menyertai perbincangan ilmiah bersama beberapa tokoh dan pakar orang Melayu. Saya sunggu bersyukur kerana hadir di program ini yang benar-benar membuka mata terhadap cabaran Bangsa Melayu rentetan hasrat kerajaan yang sedang menggubal Model Baru Ekonomi Malaysia.

Melalui pengamatan saya, kumpulan peserta kongress 95% adalah pejuang-pejuang Melayu veteran. Sedihnya, golongan belia muda sangat sedikit sekali. Saya merasakan ramai yang tidak tahu tetapi jauh disudut hati saya terdetik merasakan ramai yang tidak mahu ambil tahu. Alangkah sedihnya nasib bangsa kita sekiranya orang Melayu sendiri tidak mahu mengambil tahu isu-isu yang melibatkan kelangsungan survival bangsa kita!

Hakikatnya, orang Melayu sudah berpecah kerana parti politik. Walhal isu memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu merentasi kepentingan politik tetapi dek kerana Melayu sudah berpecah kerana politik, mereka tidak mahu bersatu dalam isu bersama.

MBE yang dicadangkan oleh MPEN bolehlah diibaratkan suatu cara menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis tulen dimana pasaran akan menentukan keadaan ekonomi negara tanpa campur tangan kerajaan. Meskipun data dan fakta jelas mengenai kegagalan teori ekonomi ini seperti mana yang berlaku di US, Greece dan banyak lagi negara kapitalis yang lain, pakar-pakar penggubal MBE masih lagi mencadangkan akan negara kita di transformasikan untuk menjadi negara kapitalis yang tulen.

Kejayaan pencapaian ekonomi lalu di selindungkan dengan sebab rasuah dan korupsi Umno yang terlalu dashat! Penyokong pembangkang tegar sememangnya akan membangkang habis-habisan usaha MPM kerana mereka dilihat sebagai Umno yang diberi nama baru namun pembangkang ini hanyalah terdiri dari pembangkang Melayu manakala pembangkang yang bukan Melayu sangat2 menyokong MBE ini.

Saya sangat-sangat berharap agar orang-orang Melayu membaca MBE dan tuntutan MPM terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menentang usul yang dibawa MPM. Saya akan cuba dapatkan softcopy usul MPM untuk bacaan semua. Kita ketepikan kepentingan politik sepertimana SUQIU bersatu dengan lebih 1800 NGO Cina membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia yang mana sebahagian besar tuntutan mereka telahpun dikabulkan oleh pimpinan negara. Meskipun dalam tuntutan mereka itu, banyak juga yang bersifat umum tetapi secara jelasnya, kepentingan Bangsa mereka telah berjaya diperjuangkan oleh pimpinan mereka. Tidak kira parti, mereka bersatu! (DAP,Gerakan & MCA).

Harapan saya agar kita mampu berbuat demikian demi mempertahankan kepentingan orang Melayu yang telahpun termaktub secara jelas didalam perlembagaan negara.

No comments:

Post a Comment