Friday, July 8, 2011

Melayu Dan Bersih 2.0 - Kesan Kepada Umno?

Hari ini akan menjadi hari penting dalam sejarah negara dimana ramalan akan berlaku kekacauan di ibukota nampaknya hampir menjadi kenyataan. Tindakan provokasi pelbagai pihak akan menimbulkan kekacauan dan keamanan ibukota. Semalam seluruh ibukota di tutup seolah-olah KL telah darurat. Perniagaan dan urusan di kota KL dihentikan kerana tindakan Polis yang nampaknya terlalu paranoid telah mengakibatkan jutaan kerugian kepada golongan peniaga.

Semua parti dihalang untuk berhimpun atas alasan keselamatan negara walaupun semua pihak bersetuju hendak berhimpun didalam stadium. Apa agaknya yang bahaya dan mampu menggugat keselamatan negara kalau setakat yang berhimpun ini budak2, suri rumah dan makcik2?

Mengikut sejarah belum ada lagi pertumpahan darah berlaku di negara kita semasa perhimpunan aman. Yang ada hanyalah serangan FRU & provokasi polis. Umno harus diberi peluang untuk mempertahankan kuasa namun tindakan Umno banyak yang tidak memberi kelebihan kepada mereka. Pakantan Rakyat pula yang sebelum ini dilihat semakin lemah diberi nafas baru kerana penentangan dan cara BN menangani BERSIH 2.0 menyebabkan ramai golongan neutral yang condong kepada PR. Anti establishment adalah perkara yang biasa dalam mana2 tamadun. PR menggunakan kesempatan ini untuk meraih simpati dan membina momentum PRU13.

Bezanya penyertaan Bersih 2.0 adalah atas dasar relahati tanpa imbuhan kewangan mahupun makanan dan yang diminta Bersih memang bunyinya bersih. Sebaliknya BN menawarkan yang terbalik! Dah penat dah saya menulis di dalam FB, Twitter agar Umno mengubah cara dan pendekatan tapi sedihnya Umno masih lagi terperangkap dalam minda yang Melayu kena sokong Umno pasal Umno itu Melayu & Melayu itu Umno tanpa memberi justifkasi yang boleh diterima oleh Melayu PAS & Melayu Atas pagar.

Saya masih mengharapkan agar UMNO mampu berubah tapi nampak macam mustahil. Sayang seribu sayang!

Monday, September 27, 2010

BEGINILAH NASIB ORANG MELAYU (JADI APA YG PERLU DILAKUKAN?)

Baca dan teliti..............

(Dipetik dari email suatu masa dahulu)

Apa yang perlu kita lakukan? (dari seorang kawan) ALASAN BAHASA INGGERIS CUBATUTUP PELUANG MELAYU (teks ini ditulis semula berdasarkan pengalaman seorang saudara)

Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar diakhbar mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara saudari sekalian pengalaman saya selama bekerja di bahagian industri. Saya berjaya mendapat kerja di kilang mungkin kerana nasib menyebelahi saya.

Majoriti ditempat kerja saya adalah bangsa Cina dan rata -rata daripada mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan memiliki Diploma dari kolej yang tidak diiktiraf oleh JPA. Setelah beberapa tahun saya berada di sini, saya telah dinaikkan pangkat yang mana saya adalah satu-satunya rangmelayu yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat saya. Sedangkan ramai lagi melayu lain yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi yang layak menjawat jawatan tinggi dalam syarikat ini.

Saya dikelilingi oleh bangsa cina yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris dan tak ada qualification (not qualified by JPA) tetapi dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengurus dan senior engineer. Sedangkan orangmelayu yang mempunyai ijazah, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai reputasi kerja yang baik hanya diberi jawatan assistant engineer. Kalau pasal gaji tak payah cakap lah. Graduan lepasan ijazah Melayu diberi gaji RM 1200/- (starting salary ) tetapi graduan ijazah bangsa Cina diberi gaji RM 1800/- .

Bayangkanlah betapa jauhnya berbezaan mereka. Saya pernah didatangi oleh seorang engineer (bangsa cina) dia minta tolong saya memeriksa surat draft untuk membatalkan perkhidmatan insuran bagi credit cardnya.Alangkah terkejutnya saya seorang engineer menulis " I like to cancer my Insurance ...." Dalam hati saya berkata " Awatlah teruk nya cina bukit ni tulis surat ... dia ni tau ke meaning cancer dengan cancelled tu... " .

Sebenarnya rata-rata orang cina boleh berjaya kerana mereka ni diberi peluang oleh majikan mereka saja. Sekiranya orang melayu diberi peluang sepertimana yang diperolehi oleh mereka tu, we can perform much better than them. Masalahnya nasib orang melayu tidak terbela disebabkan kuota tidak dibuka untuk bahagian staff dan management. Kerajaan kita hanya meletakkan kuota secara umum disetiap sector swasta 30-40% mestilah melayu. Maka 30-40% itu dimasukkan ke dalam bahagian bawahan seperti operator, drebar dan kerani saja.

Sebenarnya orang Melayu merempat di negara sendiri. Orang Melayu dianggap 'second class' oleh orang cina di Malaysia. Perkara diskriminasi di sektor swasta terlalu ketara sekali. Orang-orang melayu kalau adapun hanya dipergunakan oleh majikan mereka. Contohnya diri saya sendiri saya bekerja di bahagian logistics. Saya behubung rapat dengan jabatan kerajaan mengenai kemasukan dan penghantaran barang. Saya tak rasapun yang saya dihargai di tempat kerja saya kerana saya tak dapat layanan (treatment) yang sepatutnya berbanding dengan bangsa cina yang sejawatan saya. Dari segi gaji, elaun dan bonus. Saya hanya dipergunakan untuk memudahkan urusan mereka saja. Tetapi saya masih bekerja di sini kerana, sekiranya saya lari ke tempat lain keadaannya juga sama atau mungkin lebih teruk lagi. Di sini sekurang2nya saya diperlukan, kalau saya tidak ada siapa nak membela nasib anak buah saya yang kesemuanya Melayu.

Saya pernah ditegur oleh MD saya kenapa pilih semua staff melayu. Dengan alasan bila perayaan siapa nak standby ? Saya rasa sakit hati Teramat sangat dengan persoalan tadi secara terang-terangan dan saya tanya dia balik, kenapa Procument / purchasing department semua Cina pulak? Macam mana kalau cuti Chinese New Year siapa nak stand by ? Boss saya terus diam dan tak dapat kata apa-apa.

Nampak tak mentaliti mereka? Cukup busuk hati. Dalam hati mereka dah tertanam sikap bencikan melayu dan beranggapan melayu no class. Kalau dikaji mereka tu lagi tak dak class. Kita selalu lihat di luar rumah mereka begitu gah tersergam indah tapi di dalamnya bersepah tak berkemas lansung. Begitu jugalah diri mereka nampak putih bersih tapi busuk dan tak suci sebabnya tak mandi. Saya sangat berharap agar kita semua dapat lakukan sesuatu untuk membantu nasib graduan melayu yang terpinggir dan juga melayu yang lain agar tidak menjadi kuli batak saja. Anggapan Melayu bodoh dan tak de class patut dihakis sama sekali. Alasan pengangguran siswazah Melayu yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin kita adalah kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tetapi bagi saya, pemimpin yang berkata begitu adalah pemimpin yang hanya dengar cakap orang dan jarang turun padang.

Saya ingin menyatakan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa proses pencarian kerja sejurus tamat pengajian di dalam dan di luar negara. Saya telah duduk di kalangan bangsa asing sejak berumur 19 tahun. Saya menimba ilmu dengan dikelilingi bangsa lain begitu juga dengan rakan-rakan saya.

Jadi bahasa pengantar kami adalah bahasa Inggeris. Jarang saya jumpa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama sekali yang datang dari bandar-bandar besar lemah berbahasa Inggeris kecuali yang datang dari pedalaman. Kalau nak diikutkan purata pelajar IPT yang betul-betul datang dari pedalaman amat sedikit sekali bilangannya. Di manakah silapnya orang Melayu kita?

Hampir setiap hari di dada surat khabar kita dihamburkan dengan kritikan-kritikan yang tidak membina tentang orang Melayu. Semua yang tak bagus dilemparkan kepadao rang Melayu, yang baik-baik kepada bukan Melayu.

Bagi saya itu hanyalah alasan pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat.

1)Ketinggalan.Apa sebenarnya berlaku di Malaysia? Sebenarnya bukan kerana kelemahan bahasa Inggeris ataupun ketinggalan dari segi teknologi, tetapi kita mesti akui bahawa syarikat-syarikat besar di Malaysia kebanyakannya dikuasai oleh kaum bukan Melayu walaupun syarikat itu milik Amerika Syarikat (AS) ataupun Eropah. Mereka telah memegang jawatan penting di syarikat itu dan mempunyai agenda tersendiri. Mereka menggunakan pelbagai cara supaya orang Melayu dilihat sebagai lemah. Mereka menggunakan alasan bahasa Inggeris sedangkan apabila membuat iklan tercatat di situ Mandarin is an Added advantage atau berkemahiran berbahasa Mandarin ataupun Kantonis.

Kalau dilihat, syarikat-syarikat tersebut adalah dari AS ataupun Eropah.

adakah mereka akan menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi?

Sudah tentu tidak. Itu hanyalah alasan yang dibuat-buat supaya peluang orang Melayu akan tertutup dengan sendirinya. Kalau tidak percaya, belilah akhbar bahasa Inggeris dan lihat di ruangan jawatan kosong. Untuk pengetahuan pembaca, bukan setakat belajar bersama bangsa asing tetapi saya bekerja pun bersama mereka. Saya adalah satu-satunya pegawai peringkat pertengahan di mana selebihnya adalah bukan Melayu dari peringkat saya sampai ke peringkat atasan. Saya percaya tujuan pengambilan saya adalah untuk mencukupkan syarat supaya apabila ada pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya ditolak untuk melayan mereka walaupun bidang saya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mereka. Saya telah lihat mereka bukanlah seperti yang digembar-gemburkan di dada-dada akhbar malah mereka adalah lebih teruk daripada Melayu bila berbahasa Inggeris.

2)Bercakap

Memang mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris mengatakan mereka sudah cukup bagus tapi bagi saya orang Melayu kita lagi bagus. Mereka hanya berani bercakap walaupun tatabahasanya tunggang terbalik. Di sini saya sertakan beberapa ayat yang selalu digunakan oleh mereka " you calling from where? ",you want to talk to who? " yang mana kadang-kadang menyebabkan saya ketawa besar bila mendengarnya. Inikah kaum yang perlu dicontohi oleh orang kita? Mungkin mereka pandai dalam bidang ekonomi tapi sebenarnya mereka bukanlah pandai sangat. Mereka hanya mempunyai persatuan yang kuat di mana mereka bersatu padu dan sanggup bantu membantu. Antara pengalaman yang saya alami sendiri apabila ingin mengambil staf di bahagian saya yang baru.

Pengurus besar awal-awal memberitahu, jawatan ini adalah untuk bukan Melayu. Mereka sudah pendekkan senarai dan suruh saya menemuduga mereka, yang paling mengejutkan bos saya (yang ketika itu berada di sisi) yang selama ini mengutuk orang Melayu keluar tersipu-sipu dari bilik temu duga kerana malu apabila kaumnya sendiri bercakap bahasa Inggeris tunggang terbalik dan mempunyai ijazah dan diploma yang tidak berkualiti dari IPT swasta.

Pengalaman rakan baik saya semasa ditemu duga oleh sebuah kilang milik pelabur AS yang terkemuka di Malaysia amat menyedihkan. Walaupun fasih berbahasa Inggeris tetapi tidak juga berjaya menambat hati kaum pegawai bukan Melayu. Dia lulus ketiga-tiga peringkat yang diperlukan dan akhir sekali penemu duga tidak mempunyai cara lain selain berterus terang. Rakan saya bagaikan tidak percaya, walaupun berada di negara sendiri tetapi diberi layanan seperti rakyat asing. Akhirnya dia berjaya mendapat jawatan di salah sebuah syarikat kerajaan. Tujuan saya menceritakan semua bukanlah untuk mengutuk pemimpin kita, tetapi janganlah lagi menggunakan alasan yang tiada langsung kebenarannya. Buat analisis di kilang-kilang, kenapa banyak orang Melayu hanya bekerja sebagai operator kenapa tidak jawatan yang berpangkat? Di manakah longgokan graduan Melayu? Adakah mereka ini benar-benar tidak berkualiti atau menjadi mangsa keadaan kerana pemimpin yang sengaja menutup sebelah mata?

Nota:

i. Di dalam akhbar menyatakan setatkat hari ini seramai 80,000 graduan menganggur di mana 90% adalah bumiputera. Itu didalam akhbar, hakikat sebenar mungkin lebih.

ii.Kenapa isu graduan melayu menganggur tak selesai sampai hari ini?

Siapa Menteri Sumber Manusia: Fong Chan On. Kenapa ramai anak melayu

(baca: kanak2) yang sakit kritikal (e.g: sakit jantung berlubang, hati) tak dapat bantuan. Masalah birokrasi, tiada peruntukan.Dalam media massa/elektronik ramai yang mati sebelum dapat rawatan.

Orang Melayu tengok sahaja. Lebih2 pun mengalir hati mata. Besok lupa.

Siapa Menteri Kesihatan? Dulu Chua Jui Meng, sekarang Soi Lek. Pernah keluar berita anak cina mati tak dapat rawatan?

Fikir2kan lah.

iii.Satu2nya peluang anak melayu adalah dalam pendidikan. Itupun sedang digugat sekarang. Ada kuota untuk mrsm,matrikulasi dan lain2. kenapa tak mintak kuota untuk pusat serenti? Di bidang pekerjaan, jabatan kerajaan kekosongan jawatan hampir tepu, swasta,mimpilah anak melayu nak masuk kecuali milik melayu.

iv.Betulkah pelajar melayu tidak bersungguh2? Mungkin ada tapi bukan majoriti. Ramai yang berminat belajar tapi tiada panduan.Yelah, waktu sekolah menengah, mrsm, matrikulasi ada orang jaga. Masuk U takde siapa jaga, bebas, kau-kau aku-aku. Di jabatan kerajaan lebih 80% adalah melayu/beragama Islam. Penglibatan semua pihak, makcik cleaner, pekerja am, pensyarah, para pegawai nc, tnc, universiti amat2 diperlukan. Perlu satu anjakan model untuk mengubah segalanya. Kalau pelajar melayu kurang motivasi, kita beri motivasi, yang susah kita bagi bantuan. Majoriti anak melayu datang dari kampong dan keluarga susah, anak yatim. Tiada siapa yang pandang atau membantu. Dari segi psikologi rasa keseorangan. Akan menjadi seorang 'individualism'.

v.Kenapa nak tolong pelajar melayu/islam. Kenapa nak manjakan mereka?

Kenapa nak suap? --- Kenapa perkara yang sama orang cina buat kita tak cakap apa --- memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila nak tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini.

vi.Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri. Kadang2 menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan keje. Pelajar melayu akan berubah sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguh2, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kira dorongan positif.

vii.Orang cina adalah golongan oportunis (berkepentingan). Kalau kita ada kepentingan, mereka akan baik, bodek bagus, muka manis. Cuba kalau kita takde kepentingan, pandang pun taknak. Pengalaman seorang pensyarah

senior: waktu belajar, student cina (satu kumpulan) ni cukup baik ngan saya. Boleh kata selalu jumpa kat bilik. Tunjuk minat untuk belajar, muka manis tersenyum 24 jam. Tapi bila dah bergraduat, selisih (face to face) kat shopping complex, sikit pun tak pandang. Pelajar melayu walaupun kurang berjaya, bila ada masa mereka datang melawat. Kalau kereta kita rosak tepi jalan anak2 melayu yang 'bodoh dan malas'inilah yang akan tolong tolak (berdasarkan pengalaman). Anak2 bangsa yang kita pandang rendah inilah saudara seagama kita. Pelajar2 melayu walaupun kita bagi 'D' atau 'F' sekalipun, bila berselisih insya-Allah takkan kedekut untuk memberi salam dan sedia membantu bila kita memerlukan.

viii.Orang melayu cuma akan sedar/insaf bila:

a.bila datang dari keluarga susah. Mak ayah penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh2 untuk berjaya dalam hidup.

b.bila masuk dunia pekerjaan (baca: swasta). Walaupun kita sama kelayakan dengan mereka (baca: bangsa cina), mimpilah kita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka.

c.bila kene tipu ngan cina, pernah tak kene tipu ngan cina bila beli barang? ya, banyak kali pulak tu. beli rumah pun kene tipu. hari2 keluar berita. Masalah tak selesai2 pun. Siapa menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Ong Ka Ting (cina). Siapa pemaju perumahan? (Ong Ah Tipu - cina

juga) Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya.

d.Bila diri sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang cina. Melayu adalah bangsa individualism. Bila tengok orang lain kene pukul, biaq pi la. Bukan keluarga aku yang kene. Tapi bila kene kat batang hidung sendiri baru tau nak marah.

ix.Orang MELAYU perlu menjadi BANGSA YANG BERANI. Jangan takut dengan bangsa cina. Mereka berani sebab ramai (samseng). Cuba kalau sorang2.

takkan berani punya. Bangsa yang kurang ajar perlu dilayan dengan kurang ajar juga. Jangan takut. Kalau mereka ada samseng, kita ada askar dan polis. Orang melayu memang senang dipijak, pijak banyak kali pun takpe.

Tapi kalau sekali dia bangun, mengamuk semenanjung. (e.g: 13 Mei 1969 & Tragedi Kampung Medan).

x.Ingat tak zaman darurat dulu. Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk apa? Adakah untuk memerdekakan Malaya pada waktu itu? Tidak. Mereka menubuhkan Parti Koumintang untuk menguasai dari Tanah Besar Cina sehingga ke Indonesia. Tapi tak berjaya. Tapi usaha itu masih diteruskan dari sudut politik, ekonomi dan social. "Tanah Rizab Untuk Dipajak, Tanda Melayu Akan Dipijak". Arwah datuk (bekas pegawai tentera) pernah berpesan, kalau Singapura serang Malaysia, cina Malaysia akan membantu cina Singapura. Tak percaya? Kita tunggu...

Lyrics - Warisan (Uncut Version)

Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Air mata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,

Tergadai seluruh harta benda,

Akibat sengketa sesamalah kita,

Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,

Warisan berkurun lamanya,

Hasil mengalir ke tangan yang lain,

Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,

Menganut agama yang suci,

Semangat bangsa berlandaskan Islam,

Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,

Kan lenyap peristiwa semalam,

Tertutuplah hati terkunci mati,

Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,

Yang akan menentukan bangsa,

Bersatulah hati, bersama berbakti,

Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,

Bangunlah dengan gagah perkasa,

Janganlah terlalai teruskan usaha,

Melayu kan gagah di nusantara

p/s: korang pernah rasa pengalaman lebih kurang macam ni ker?

Monday, September 13, 2010

Umno gali kubur sendiri?

Hampir semua NGO dan pemimpin Melayu terperanjat apabili Ku Nan mengumumkan bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa setelah bermesyuarat dengan parti komponen BN yang lain. Hanya ada dua kemungkinan sahaja keputusan itu dibuat beliau,
1 sebab, mungkin beliau terlalu mengagungkan pemimpin bukan Melayu yang menjanjikan bahawa mereka 100% yakin akan dapat menarik semula sokongan bukan Melayu pada pilihanraya umum ke 13 nanti atau
sebab ke 2, beliau dan rakan2 umno beliau terlalu bodoh, bengap dan baghal tak kenal siapa yang jadi ahli perkasa. Saya yakin, ianya sebab ke2, dia ingat Perkasa nie Ibrahim Ali yang punya! Dan Ibrahim Ali sahaja yang syok sendiri.

Sahlah Ku Nan nie bodoh dan baghal! Hampir 80% ahli perkasa adalah ahli Umno, jadi kalau dia tentang Perkasa, dia tentang ahli Umno sendiri. Walaupun dilabel sebagai rasis dan ekstremis, tetapi Perkasa tak pernah buat buat tuntutan yang bercanggah dengan perlembagaan. Perkara ini dah banyak dah orang lain ulas di surat khabar pro Melayu. Jadi saya tak perlu ulas.

Lupakah Melayu yang tak sedar diri ini, berapa banyak kerusi yang Umno pegang menang dengan majoriti yang sangat sedikit. Contohnya Satim menang dengan 45 undi sahaja! Kalau tolak ahli perkasa yang mungkin tidak sokong PR tetapi mereka mungkin tidak keluar undi, maka Umno akan kalah dalam PRU 13.

Meneliti sikap segelintir besar pemimpin tak sedar diri dalam Umno ini, memang Umno wajar, akan dan pasti kalah dalam PRU 13. Dengan dasar 1 malaysia kini membunuh kepentingan Melayu secara terancang, pemimpin Melayu pula bersatu dengan bukan Melayu menghapuskan kepentingan Melayu.

Jadi jelaslah Umno sedang gali kubur sendiri. Apa pilihan orang Melayu? Saya sarankan Presiden Perkasa bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan parti Perkasa Melayu Semenanjung untuk menyediakan pilihan orang2 Melayu semenanjung. Parti ini akan mesra Melayu dan teras perlembagaannya adalah berdasarkan al-quran dan sunnah.

Kita jemput ulama neutral sebagai ahli lembaga syura seperti Dr Asri, Ustaz Hafiz Din dan beberapa tokoh agama yang dilihat neutral. Kita cuma bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu. Kalau Umno letak calon macam ku nan dan nazri aziz, kita lawan mereka ini!

Kalau KJ sibuk berjuang untuk Cina pun kita lawan dia jugak! Kawasan yang PAS masuk kita bagi laluan supaya selepas PRU 13, kita boleh bersatu dengan parti yang lebih jelas perjuangannya. Kalau PM Najib masih tunduk dengan MCA Soi Lek, kita angkat Ku Li jadi PM! Umno akar umbi boleh terima, PKR boleh terima dan PAS pun boleh terima.

Fikir-fikirkanlah demi kepentingan Agama, bangsa dan Negara!

Salam Syawal, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Dan Batin


Tuesday, September 7, 2010

KJ: PERKASA punca BN hilang undi

Kalau ahli perkasa baca tajuk mesti marah kat KJ. Tetapi bila dah baca habis, yang rasional akan terfikir kebenaran kenyataan ini. Mmmm.... apalah agaknya yang hendak dijawab oleh Saudara Ketua Wira YB 2 B Saudara Arman yea?

Kalau lihat semua PRK yang lalu, undi bukan Melayu mesti dah tak akan kembali ke BN. Kalau ada pun mungkin Undi India yang tidak signifikan sangat. Jadi yang KJ nak sibuk dengan undi bukan Melayu nie kenapalah agaknya? Apa dia ingat setakat buat Lab Youth dia akan diangkat oleh bukan Melayu sebagai pemimpin? Secara peribadi saya suka dengan sikap berani beliau tetapi berani tanpa "substance" inilah yang memelikkan pemikiran.

Fakta jelas yang saya setuju dengan beliau yang perkasa tidak akan berupaya menambah undi BN dengan cara yang dibawa sekarang. Yelah bila bercakap mengenai perpaduan Melayu Islam, perkasa sering mengharapkan PAS bersatu dengan Umno. Tetapi pada masa yang sama, diteruskan juga kecaman kepada pimpinan PAS khususnya Tok Guru Nik Aziz. PKR Melayu langsung tidak dipandang melainkan mereka yang sememangnya yang tidak mempunyai kekuatan kewangan dan berpaling tadah kepada parti mereka.

Suka tidak suka, kuasa orang Melayu kini terletak pada 3 parti utama (Umno, PAS dan PKR). Kalau diroboh mana2 satu, maka kuasa Melayu akan terhilang dengan sendirinya. Bangsa lain walaupun tak bersama tetapi mereka sehati sejiwa. Semangat bangsa mereka cukup kuat sehinggakan apabila mereka menjerit, PR atau BN akan tetap akur.

Disinilah Perkasa seharusnya menjadi wadah penyatuan dengan meneutralkan pendirian politik Perkasa. Jangan di herdik Tok Guru kerana nak jaga hati PM. Jangan dihina Anwar Ibrahim kalau tak mahu bangkitkan perasaan amarah penyokongnya.

Yang harus ditegur secara berhemah adalah polisi, dasar dan tindakan. Itupun seharusnya dibuat secara halus agar ianya tidak dilihat sebagai berkepentingan. Usaha mengajak NGO pro kerajaan sahaja menyertai MPM tidak cukup! Ianya seharusnya mencakupi seluruh umat Melayu Islam tanpa mengira pegangan politik. Kita kena benar-benar ikhlas maka barulah kita boleh mendapat impak yang besar.... sambung nanti

Tuesday, August 17, 2010

MCA berjuang untuk Bangsa Cina Umno berjuang untuk Bangsa.........?

Dasar Liberalisasi kerajaan yang dimulakan oleh oleh PM merupakan satu bola tanggung yang diberikan kepada MCA. Kini apabila MCA mengambil peluang barulah Umno terkapai-kapai ingin mempertahankan kepentingan Melayu sedangkan jelas bagi MCA mereka hanyalah memperjuangkan kepentingan bangsa Cina. Dasar affirmatif hanyalah disokong oleh mereka sekiranya ianya dilakukan secara halus dan bukan jelas bagi mempamerkan bahawa orang Melayu telah dikurangkan hak dan keistimewaannya.

Umno masih tetap sama dan tidak berubah. Masih banyak bahagian yang tidak langsung mengulas secara rasmi pendirian terbaru MCA ini. Mungkin kerana tidak mahu dilihat sebagai menentang dasar 1 Malaysia yang kini semakin jelas memperlihatkan kuasa menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Pada saya, sekiranya Umno tidak mahu dan tidak mampu berubah, maka gabungan NGO perlu buat suatu perangcangan untuk tidak lagi bergantung dengan Umno dalam memperjuangkan hak Melayu dan bumiputra.

Perkasa boleh mengambil alih peranan ini. Lihat sahaja kehadiran Menteri & orang penting dalam negara ke kongres ekonomi cina. Kenapa mereka tidak hadir semasa Kongres Ekonomi Melayu tetapi beriya-iya datang ke kongres cina. Jelas sekali mereka merasakan bahawa bangsa Cina lebih utama dan lebih penting dari bangsa Melayu.

Fikir-fikirkanlah! Isu penggabungan Umno dan PAS tidak mungkin berlaku sekiranya Umno tetap dengan cara lama dan masih lagi terikat dengan mentaliti bangsawan!

Wallahualam

Tuesday, June 29, 2010

Melayu jadi minoriti kuasa politik

Melayu jadi minoriti kuasa politik

Malaysia kontemporari mempunyai pelbagai kelompok Melayu dalam semua aspek kehidupan. Ini lumrah manusia dan kemasyarakatannya. Namun kebelakangan ini, muncul kelompok Melayu liberal dan universalis. Pandangan mereka mengecewakan majoriti Melayu yang sentiasa menyanjung prinsip tradisional -- di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kelompok liberal dan universalis ini wujud dalam dunia akademik dan arena sosio-ekonomi. Emansipasi atau pembebasan minda mereka boleh memudaratkan agama, bangsa, dan tanah air. Ini kerana kelompok ini tidak lagi memahami, apatah lagi menghormati Melayu dan sejarah perjuangannya.

Oleh sebab itulah, baru-baru ini ada kelompok Melayu yang cuba memansuhkan elemen-elemen afirmatif mengenai Melayu dan bumiputera dalam dasar ekonomi negara. Kini, ada pula segelintir Melayu yang gagal melihat keunggulan siasah Melayu mungkin binasa jika mereka berpecah-belah secara konsisten dalam siasah.

Bagi manfaat bersama, wajar diimbas semula sejarah kependudukan Malaysia di zaman silam. Ini bukan untuk meagung-agungkan Melayu. Sebaliknya untuk membuktikan bahawa keunggulan Melayu di Malaysia adalah hakikat yang perlu dipertahan, dipelihara, diiktiraf, dan dihormati.

Malaysia adalah gabungan Persekutuan Tanah Melayu, dengan Sabah dan Sarawak. (Dari 1963 hingga 1965, Singapura juga menjadi warga Malaysia). Sebelum era penjajahan mulai 1511, Tanah Melayu adalah bumi Melayu dan negara Melayu. Singapura adalah negeri Melayu yang digadaikan kepada Inggeris. Sabah dan Sarawak juga adalah negeri milik rumpun Melayu.

Bagaimanapun, penjajahan dan transmigrasi silam menyebabkan pola kependudukan wilayah Melayu ini berubah coraknya. Oleh sebab itulah, kemerdekaan tanah air ini menjelmakan Tanah Melayu sebagai sebuah negara majmuk.

Kemajmukan ini adalah akibat statistik bukan Melayu di Tanah Melayu yang bertambah sebagai impak daripada kebanjiran rakyat China dan India ke bumi Melayu di era penjajah. Mereka datang berdagang dan untuk menimba rezeki.

Contohnya, Abdullah Dahana (2002;38-39) memetik perangkaan penduduk Tanah Melayu seperti berikut: Tahun 1895: Melayu 63.9%; Cina dan India 29.4 %; 1921: Melayu 54%, Cina dan India 44.5%; 1931: Melayu 49.2%, Cina dan India 49%; 1947: Melayu 49.5%, Cina dan India 49.2%; 1957: Melayu 49.8%, Cina dan India 48.5%.

Statistik ini menjadi faktor utama keturunan Cina menggerakkan politik mengenai kewarganegaraan mereka di Tanah Melayu dalam era pasca Perang Dunia Kedua. Mereka menggunakan Republik Rakyat China sebagai sekutu Inggeris dalam perang tersebut, untuk mempengaruhi kerajaan Inggeris memberikan status kewarganegaraan yang sama dengan umat Melayu dan lain-lain pribumi di Tanah Melayu menerusi Gagasan Malayan Union.

Oleh sebab itulah, Gagasan Malayan Union ditentang habis-habisan oleh umat Melayu. Tetapi, dengan sedikit perubahan, akhirnya keturunan Cina dan India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu menerusi prinsip jus soli pada 1957.

Berdasarkan kajian seorang sarjana keselamatan, status Persekutuan Tanah Melayu sebelum penjajahan bolehlah dikategorikan sebagai nation-state, atau negara-bangsa di mana bangsa yang tunggal menentukan destinasi negaranya. Tetapi, selepas merdeka, ia menjadi state-nation, iaitu entiti di mana negara berperanan besar untuk menyatu padu, membentuk, serta membina bangsanya yang majmuk.

Implikasi statistik ini juga banyak dikaji oleh sejarawan, budayawan, sosiologis, dan saintis politik. Oleh itu, saya cadangkan kepada kelompok Melayu liberal dan universalis, termasuk seorang profesor madya dari Universiti Malaya yang baru-baru ini menyangkal pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Melayu, supaya membaca buku-buku mengenai sejarah kemajmukan rakyat Malaysia, yang antaranya adalah seperti berikut:

Malaysia, Victor Purcell (1965), The Making of Modern Malaysia and Singapore, N.J. Ryan (1969); Tanah Melayu Kurun Kesembilan belas, C.D. Cowan (1970); Glimpses of Malaysia History, Zainal Abidin Wahid (1970); Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk, Graham Saunders (1978); Chinese Village Politics in the Malaysian States, Judith Strauch (1981); The Colonial Office, War, and Development Policy, J.M. Lee (1982); Nation Building in Malaysia, James Ongkili (1985).

The Malayan Union Controversy 1942-1948, Albert Lau (1991); Bumi Dipijak Milik Orang, Ahmad Fauzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad (1991); Divide and Rule: the Roots of Race Relations in Malaysia, Collin Abraham (1997); China dan Malaysia Dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, Abdullah Danana (2002); Chinese Politics in Malaya 1942-1945: The Dynamic of British Policy, Oong Hak Ching (2000); Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State 50 Years After Merdeka, Norani Othman, Mavis Puthucheary & Clives Kessler (2008); dan Ethnic Relations in Malaysia: Harmony and Conflict, Syed Husin Ali (2008).

Pada 1963 hingga 1965, statistik kependudukan Malaysia pula menjadi paksi perjuangan konsep Malaysian Malaysia oleh seorang pemimpin politik Singapura. Pada ketika itu, 32 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu, 42 peratus etnik Cina, kira-kira 10 peratus etnik India dan Pakistan, bakinya tujuh peratus adalah Iban, Kadazan, Kayan, Kelabit dan lain-lain etnik.

Statistik ini membuktikan, dalam era awal penubuhan Malaysia, bukan Melayu adalah seramai 52 peratus, Melayu 32 peratus, dan bumiputera tujuh peratus. Peratusan inilah yang menjadi faktor tersirat di sebalik perjuangan konsep Malaysian Malaysia yang kononnya untuk memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Oleh sebab itulah, konsep Malaysia Malaysia mahu merubah Perlembagaan Persekutuan, khususnya untuk memansuhkan Fasal 153 mengenai keistimewaan Melayu dan bumiputera, serta untuk menjadikan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil mempunyai status seperti bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Demikianlah huraian sejarah sewaktu umat Melayu menjadi minoriti secara statistiknya. Hakikat ini, berubah setelah Singapura terkeluar dari Malaysia pada pertengahan tahun 1965.

Hari ini, memang umat Melayu merupakan majoriti penduduk Malaysia. Tetapi, umat Melayu juga boleh menjadi kelompok minoriti dan kehilangan kuasa politik menerusi dua punca utama.

Satu, akibat penguncupan jumlah umat Melayu secara fizikal disebabkan oleh kemerosotan kadar kelahiran dan pertambahan kadar kematian. Kedua, akibat fregmentasi politik menerusi penubuhan pelbagai parti siasah yang berkonflik.

Oleh sebab itu, Tun Mahathir telah memberikan pandangan yang tepat. Umat Melayu memang akan menjadi minoriti politik di Malaysia jika mereka terus berpecah-pecah kepada pelbagai kelompok siasah yang berkonfrontasi.

Ini bermakna Tun Mahathir bukan membicarakan soal minoritinya umat Melayu berasaskan statistik, sebagaimana keturunan bukan Melayu memperjuangkan status mereka menerusi realiti statistik dalam era pra-merdeka. Sebaliknya, beliau meramalkan yang umat Melayu akan menjadi kuasa minoriti menerusi fregmentasi siasah.

Ini kerana Tun Mahathir melihat fregmentasi politik Melayu sebagai perpecahan yang menepati pepatah Melayu: "berkerat rotan, berpatah arang." Ini bermaksud, perpecahan Melayu menerusi kelompok siasah adalah atas dasar permusuhan dan persengketaan.

Dengan psikologi sedemikian, umat Melayu berkonflik sepanjang masa. Mereka juga sanggup bertindak dan bersuara sehingga menyebabkan umat Melayu sendiri diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

Inilah namanya politik nafsu-nafsi. Seluruh kelompok politik Melayu hanya mengutamakan kepentingan sendiri. Hakikat agama, bangsa dan lain-lain aspek sosio-ekonomi sanggup mereka dedahkan tanpa batas di khalayak ramai. Akhirnya, Melayu menang sorak tanpa menyedari kemungkinan kuasa politik mereka tergadai ke pihak lain!

Hakikat ini berbeza dengan kaum Cina di Malaysia. Dari segi perangkaannnya, mereka memang lebih kecil bilangannya berbanding dengan umat Melayu. Tetapi, perpecahan keturunan Cina dalam politik tidak menyebabkan mereka mempunyai kuasa tawar-menawar yang lemah.

Buktinya, di samping MCA selaku parti tertua keturunan Cina di Malaysia, wujud SUPP di Sarawak, dan SCCP di Sabah, yang kesemuanya mewakili keturunan Cina dan menjadi komponen Barisan Nasional (BN).

Gerakan pun sama statusnya. Sebagai anggota BN, ia mendakwa sebagai sebuah parti multi-keturunan. Pada hakikatnya, ia adalah parti yang didominasikan oleh keturunan Cina. Oleh itu, hanya DAP sahaja yang merupakan kelompok keturunan Cina yang menjadi pembangkang.

Biarpun begitu, DAP tetap mempunyai ruang dialog dengan lain-lain komponen parti Cina dalam BN menerusi wadah sosio-budaya dan ekonomi, seperti menerusi Dewan Perniagaan Cina atau NGO pendidikan Cina di Malaysia.

Ini bermakdsud bahawa kaum Cina di Malaysia mempelbagaikan kelompok politiknya untuk memperoleh kuasa tawar-menawar yang lebih mantap, efektif, dan luas. Jika mereka hanya bertumpu kepada MCA, kuranglah kuota perwakilan mereka dalam Kabinet negara.

DAP yang bertindak sebagai pembangkang pula menjadi jurucakap keturunan Cina apabila parti komponen Cina dalam BN merasa segan silu untuk membicarakan isu berkenaan Cina demi untuk menjaga hati UMNO.

Dalam konteks ini, keturunan Cina menggunakan strategi perniagaan untuk memaksimumkan pengaruh, peluang, dan faedah politiknya, di samping mengimbangi realiti mereka yang minoriti dari segi statistik.

Adakah parti siasah pembangkang Melayu seperti Pas pernah duduk semeja dengan UMNO untuk mengartikulasikan isu-isu Melayu dan Islam untuk disuarakan dalam Parlimen, jika UMNO sendiri berasa berat hati untuk bertindak demikian?

Adakah PKR yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu pernah memberikan ruang kemelayuan dalam gerak dan tindakan politiknya? Adakah sesuatu yang perkauman dan jijik untuk memperjuangkan isu Melayu dalam konteks Malaysia majmuk? Mengapakah bukan Melayu mempertikaikan isu Melayu tidak dicap rasialis?

Maka, di sinilah tersiratnya ketajaman minda Tun Mahathir menerusi pandangannya baru-baru ini. Tun Mahathir tidak bergurau, dan jauh sekali beliau berminda setengah masak. Tun Mahathir bertindak dan bersuara kerana kini wujud petanda bahawa umat Melayu mungkin memasuki era neo-kolonialisme dalam seluruh aspek kehidupan mereka semata-mata akibat sikap segelintir Melayu yang liberal dan universalis sama ada di dalam atau di luar parti pemerintah.

Moga-moga pandangan saya ini akan diperhalusi oleh para akademik tempatan, termasuk Prof. Madya Dr. Azmi Sharom, yang baru-baru ini menuduh Tun Mahathir sebagai berminda kurang matang. Sesungguhnya Tun Mahathir adalah negarawan ulung yang disegani oleh semua, termasuk komuniti antarabangsa!

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Tuesday, June 22, 2010

Buru JI Orang Islam Tapi Lepaskan Kongsi Gelap

Cerita mengenai JI keluar semula. Kononnya JI ingin letupkan kuil hindu dan kuil budha! Yang menghebohkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Yang hairannya, apa logik JI nak serang kuil-kuil ini? Memang diketahui umum, pejuang-pejuang berani mati hanya menyerang sekutu US/Israel sahaja! Bila masa pulak kuil-kuil ini jadi sekutu Israel?

Bukti kononnya JI ini kumpulan terroris yang ingin mengganggu-gugat keselematan negara tidak pernah ada. Tetapi mungkin glamour dan nak ambil hati US/Israel di buat-buat seperti ada. Sedangkan terroris rakyat yang sebegitu lama bermaharajalela di dalam kongsi-kongsi gelap dibiarkan begitu sahaja. Apa jawapan agaknya KPN nak jawab kalau ditanya mengapa Malaysia masih lagi mempunyai kumpulan kongsi gelap yang kuat?

Kenapa tidak diburu habis-habisan dan bersihkan Malaysia dari kongsi gelap ini? Surat khabar The Star hari ini melaporkan, "The Black Economy" ataupun "The Underground Community" telah mencapai tahap Rm10 billion dari segi nilai perniagaan kongsi gelap ini.

Ini lagi bahaya! Rumah Pelacuran, Perjudian, Ah Long, Money Laundering, dan macam-macam! Kenapa ini tidak diserang habis-habisan oleh polis kita?

Susah sangat ker nak banteras kumpulan ini? Cuba jadikan sasaran kongi gelap 0 sebagai NKRA KDN. Mesti berjaya.

Jangan bila bab orang Melayu Islam kononya buat salah, sepantas kilat kerajaan tangkap. Tetapi apabila kejahatan yang terang-terang salah oleh bukan Islam seperti kongsi gelap ini, sahaja buat nampak tak nampak.

Kalau ada ahli politik yang pertahankan kumpulan ini, tangkap sahaja sekali. Negara kita tak sepatutnya ada kumpulan-kumpulan jahat ini.

Harap ada yang mendengar!