Friday, July 8, 2011

Melayu Dan Bersih 2.0 - Kesan Kepada Umno?

Hari ini akan menjadi hari penting dalam sejarah negara dimana ramalan akan berlaku kekacauan di ibukota nampaknya hampir menjadi kenyataan. Tindakan provokasi pelbagai pihak akan menimbulkan kekacauan dan keamanan ibukota. Semalam seluruh ibukota di tutup seolah-olah KL telah darurat. Perniagaan dan urusan di kota KL dihentikan kerana tindakan Polis yang nampaknya terlalu paranoid telah mengakibatkan jutaan kerugian kepada golongan peniaga.

Semua parti dihalang untuk berhimpun atas alasan keselamatan negara walaupun semua pihak bersetuju hendak berhimpun didalam stadium. Apa agaknya yang bahaya dan mampu menggugat keselamatan negara kalau setakat yang berhimpun ini budak2, suri rumah dan makcik2?

Mengikut sejarah belum ada lagi pertumpahan darah berlaku di negara kita semasa perhimpunan aman. Yang ada hanyalah serangan FRU & provokasi polis. Umno harus diberi peluang untuk mempertahankan kuasa namun tindakan Umno banyak yang tidak memberi kelebihan kepada mereka. Pakantan Rakyat pula yang sebelum ini dilihat semakin lemah diberi nafas baru kerana penentangan dan cara BN menangani BERSIH 2.0 menyebabkan ramai golongan neutral yang condong kepada PR. Anti establishment adalah perkara yang biasa dalam mana2 tamadun. PR menggunakan kesempatan ini untuk meraih simpati dan membina momentum PRU13.

Bezanya penyertaan Bersih 2.0 adalah atas dasar relahati tanpa imbuhan kewangan mahupun makanan dan yang diminta Bersih memang bunyinya bersih. Sebaliknya BN menawarkan yang terbalik! Dah penat dah saya menulis di dalam FB, Twitter agar Umno mengubah cara dan pendekatan tapi sedihnya Umno masih lagi terperangkap dalam minda yang Melayu kena sokong Umno pasal Umno itu Melayu & Melayu itu Umno tanpa memberi justifkasi yang boleh diterima oleh Melayu PAS & Melayu Atas pagar.

Saya masih mengharapkan agar UMNO mampu berubah tapi nampak macam mustahil. Sayang seribu sayang!