Tuesday, May 25, 2010

Bagaimana Mengurangkan Subsidi Untuk Rakyat?

Kerajaan sedang meminta maklum-balas daripada rakyat berhubung cadangan pengurangan subsidi kepada rakyat. Isu utama adalah bagaimana melegakan kewangan kerajaan dengan mengurangkan bantuan subsidi kepada rakyat tanpa memberi kesan negatif kepada rakyat.

Saya ingin memberi beberapa cadangan yang bukanlah terlalu susah untuk dilakukan tetapi mampu memberi impak yang besar kepada rakyat di negara ini.

Pertama sekali, kita harus melihat mengapa subsidi ini diwujudkan terlebih dahulu. Dasar subsidi kerajaan adalah bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki keperluan asas pada harga yang rendah daripada harga pasaran semasa. Walaubagaimanapun, persoalan penting yang harus kita jawab secara penuh tanggungjawab, perlukan rakyat kita dengan subsidi ini? Pada penghematan saya, kita tidak perlukan subsidi. Yang kita perlukan ialah "good governance" yang akan membantu rakyat kita dengan cara meningkatkan kuasa membeli rakyat kita.

Contohnya: Ahmad bekerja sebagai operator pengeluaran di Kilang. Mereka mempunyai 1 orang anak dan memperolehi pendapatan berjumlah RM1,500 sebulan. Setelah ditolak caruman kwsp & socso, pendapatan boleh belanja Ahmad berbaki RM 1,300.00. Adalah menjadi lumrah untuk keluarga seperti Ahmad untuk memiliki sebuah kenderaan perodua/viva dimana ansuran bulanan adalah sebanyak RM600. Pendapatan Ahmad kini hanya tinggal RM700 dimana belanja makan sebanyak RM300, dan baki RM400 digunakan untuk petrol,telefon, sewa rumah dan lain-lain.

Sekiranya kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi tanpa usaha lain membantu Ahmad meningkatkan kuasa membeli beliau yang kini hanya tinggal RM700 setelah ditolak ansuran kereta, Ahmad akan berdepan dengan masaalah yang lebih serius.

Cerita Ahmad adalah cerita lebih kurang 80% cerita penduduk di negara kita. Mereka membelanjakan hampir separuh pendapatan mereka untuk membayar ansuran bulan kereta mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mampu hidup tanpa subsidi dan mereka senantiasa akan berada didalam kesusahan.

Cadangan saya adalah untuk kerajaan membantu keluarga seperti Ahmad dan seluruh rakyat dengan menghapuskan cukai kenderaan. Proton harus disaran untuk menjadi "Outsourcing" partner kepada rakan pengilang strategik. Proton tidak lagi perlu diberi perlindungan kerana Proton tidak lagi akan membuang wang untuk R&D. Bayangkan, dahulu Proton membelanjakan RM500 juta untuk R&D mengeluarkan Satria Neo. Apa guna mempunyai kereta jenama negara jika beribu Ahamad terpaksa hidup dalam kesusahan. Apa yang akan terjadi jika ini berlaku?

Ahmad akan hanya membayar rm300 (max) untuk ansuran kereta beliau. Walaupun kerajaan mengurangkan/menghapuskan subsidi, ahmad sudah mempunyai wang lebihan RM300 untuk digunakan sebaik mungkin.

Kesan terhadap kerajaan. Pendapatan kerajaan akan terjejas sedikit tetapi akan dapat ditampung dengan pengurangan subsidi. Dalam masa jangka panjang, pendapatan purata rakyat akan meningkat dan kuasa membeli akan terus meningkat namun kos tetap untuk liabiliti seperti kenderaan tetap dan tidak akan berubah. Cita-cita mewujudkan "High Income Economy" akan menjadi lebih mudah tercapai.

Kesan terhadap Proton. Dalam masa jangka pendek, Proton tidak lagi memonopoli pasaran kereta tempatan, namun hasil daripada kerjasama pintar dengan pengilang lain, Proton masih akan bertahan dan menjadi syarikat nasional automotif utama. Jangkamasa panjang pula, Proton akan mengaut keuntungan yang lebih kerana tidak perlu membuang wang untuk peruntukkan R&D.

Dalam tempoh 5 tahun, Kerajaan tidak perlu memberi subsidi umum kepada rakyat dan hanya memerlukan peruntukkan minimum untuk membantu "golongan fakir miskin" sahaja.

Diharap pakar-pakar ekonomi bersetuju dengan pendapat saya.....


No comments:

Post a Comment