Friday, August 28, 2009

Menyambut Kemerdekaan

Negara akan menyambut kemerdekaan yang ke 52 dengan semangat yang makin malap. Ketegangan hubungan antara kaum semakin meruncing. Kes kuil india di shah alam, kg buah pala di penang dan banyak lagi kes-kes yang bersifat perkauman mencacatkan sambutan kemerdekaan negara tahun ini.

Apa yang berlaku ini sebenarnya merupakan suatu rentetan peristiwa yang menyaksikan bagaimana gagalnya kita hidup dengan aman dalam masyarakat berbilang bangsa. Walaupun secara amnya kita dilihat bersatu, namun dalam hati masing-masing, semangat perkauman terlallu kuat.

Yang sedihnya, orang Melayu dilihat terlalu mengambil mudah dan bersikap tidak apa apabila hak mereka senantiasa dipersoal. Contohnya isu minum arak oleh Kartika, semua bangsa lain mengambil kesempatan untuk menemplak institusi kehakiman syariah negara. Lebih malang lagi ramai pula orang Melayu sendiri (pemimpin dan rakyat) yang memperlekehkan hak mahkamah umat islam di negara ini.

Kartika sendiri dengan penuh redha bersetuju dan ingin menjadikan hukuman itu sebagai teladan untuk orang lain tidak mengulangi kesilapan yang beliau lakukan. Besar pahala beliau kerana mempunyai niat yang begitu baik. Setiap undang-undang dan hukuman dijatuhkan supaya dapat menjadi teladan kepada yang lain.

Ini bukan kes pertama. Wahai rakan-rakan bukan Islam, tolonglah jangan campur tangan dan keluarkan komen terhadap agama Islam kami!. Sarang tebuan jangan dijolok, nanti padah akibatnya! Jangan sampai 13 mei berulang kembali!

Selamat Menyambut Kemerdekaan!

No comments:

Post a Comment