Tuesday, June 22, 2010

Buru JI Orang Islam Tapi Lepaskan Kongsi Gelap

Cerita mengenai JI keluar semula. Kononnya JI ingin letupkan kuil hindu dan kuil budha! Yang menghebohkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Yang hairannya, apa logik JI nak serang kuil-kuil ini? Memang diketahui umum, pejuang-pejuang berani mati hanya menyerang sekutu US/Israel sahaja! Bila masa pulak kuil-kuil ini jadi sekutu Israel?

Bukti kononnya JI ini kumpulan terroris yang ingin mengganggu-gugat keselematan negara tidak pernah ada. Tetapi mungkin glamour dan nak ambil hati US/Israel di buat-buat seperti ada. Sedangkan terroris rakyat yang sebegitu lama bermaharajalela di dalam kongsi-kongsi gelap dibiarkan begitu sahaja. Apa jawapan agaknya KPN nak jawab kalau ditanya mengapa Malaysia masih lagi mempunyai kumpulan kongsi gelap yang kuat?

Kenapa tidak diburu habis-habisan dan bersihkan Malaysia dari kongsi gelap ini? Surat khabar The Star hari ini melaporkan, "The Black Economy" ataupun "The Underground Community" telah mencapai tahap Rm10 billion dari segi nilai perniagaan kongsi gelap ini.

Ini lagi bahaya! Rumah Pelacuran, Perjudian, Ah Long, Money Laundering, dan macam-macam! Kenapa ini tidak diserang habis-habisan oleh polis kita?

Susah sangat ker nak banteras kumpulan ini? Cuba jadikan sasaran kongi gelap 0 sebagai NKRA KDN. Mesti berjaya.

Jangan bila bab orang Melayu Islam kononya buat salah, sepantas kilat kerajaan tangkap. Tetapi apabila kejahatan yang terang-terang salah oleh bukan Islam seperti kongsi gelap ini, sahaja buat nampak tak nampak.

Kalau ada ahli politik yang pertahankan kumpulan ini, tangkap sahaja sekali. Negara kita tak sepatutnya ada kumpulan-kumpulan jahat ini.

Harap ada yang mendengar!

No comments:

Post a Comment