Tuesday, September 7, 2010

KJ: PERKASA punca BN hilang undi

Kalau ahli perkasa baca tajuk mesti marah kat KJ. Tetapi bila dah baca habis, yang rasional akan terfikir kebenaran kenyataan ini. Mmmm.... apalah agaknya yang hendak dijawab oleh Saudara Ketua Wira YB 2 B Saudara Arman yea?

Kalau lihat semua PRK yang lalu, undi bukan Melayu mesti dah tak akan kembali ke BN. Kalau ada pun mungkin Undi India yang tidak signifikan sangat. Jadi yang KJ nak sibuk dengan undi bukan Melayu nie kenapalah agaknya? Apa dia ingat setakat buat Lab Youth dia akan diangkat oleh bukan Melayu sebagai pemimpin? Secara peribadi saya suka dengan sikap berani beliau tetapi berani tanpa "substance" inilah yang memelikkan pemikiran.

Fakta jelas yang saya setuju dengan beliau yang perkasa tidak akan berupaya menambah undi BN dengan cara yang dibawa sekarang. Yelah bila bercakap mengenai perpaduan Melayu Islam, perkasa sering mengharapkan PAS bersatu dengan Umno. Tetapi pada masa yang sama, diteruskan juga kecaman kepada pimpinan PAS khususnya Tok Guru Nik Aziz. PKR Melayu langsung tidak dipandang melainkan mereka yang sememangnya yang tidak mempunyai kekuatan kewangan dan berpaling tadah kepada parti mereka.

Suka tidak suka, kuasa orang Melayu kini terletak pada 3 parti utama (Umno, PAS dan PKR). Kalau diroboh mana2 satu, maka kuasa Melayu akan terhilang dengan sendirinya. Bangsa lain walaupun tak bersama tetapi mereka sehati sejiwa. Semangat bangsa mereka cukup kuat sehinggakan apabila mereka menjerit, PR atau BN akan tetap akur.

Disinilah Perkasa seharusnya menjadi wadah penyatuan dengan meneutralkan pendirian politik Perkasa. Jangan di herdik Tok Guru kerana nak jaga hati PM. Jangan dihina Anwar Ibrahim kalau tak mahu bangkitkan perasaan amarah penyokongnya.

Yang harus ditegur secara berhemah adalah polisi, dasar dan tindakan. Itupun seharusnya dibuat secara halus agar ianya tidak dilihat sebagai berkepentingan. Usaha mengajak NGO pro kerajaan sahaja menyertai MPM tidak cukup! Ianya seharusnya mencakupi seluruh umat Melayu Islam tanpa mengira pegangan politik. Kita kena benar-benar ikhlas maka barulah kita boleh mendapat impak yang besar.... sambung nanti

No comments:

Post a Comment