Monday, May 31, 2010

Kongres Ekonomi Melayu Anjuran Majlis Perundingan Melayu - Kelangungan Bangsa Melayu

Kongres Ekonomi Melayu anjuran MPM diadakan di Dewan Merdeka PWTC. Pelbagai NGO Melayu datang dari seluruh negara menyertai perbincangan ilmiah bersama beberapa tokoh dan pakar orang Melayu. Saya sunggu bersyukur kerana hadir di program ini yang benar-benar membuka mata terhadap cabaran Bangsa Melayu rentetan hasrat kerajaan yang sedang menggubal Model Baru Ekonomi Malaysia.

Melalui pengamatan saya, kumpulan peserta kongress 95% adalah pejuang-pejuang Melayu veteran. Sedihnya, golongan belia muda sangat sedikit sekali. Saya merasakan ramai yang tidak tahu tetapi jauh disudut hati saya terdetik merasakan ramai yang tidak mahu ambil tahu. Alangkah sedihnya nasib bangsa kita sekiranya orang Melayu sendiri tidak mahu mengambil tahu isu-isu yang melibatkan kelangsungan survival bangsa kita!

Hakikatnya, orang Melayu sudah berpecah kerana parti politik. Walhal isu memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu merentasi kepentingan politik tetapi dek kerana Melayu sudah berpecah kerana politik, mereka tidak mahu bersatu dalam isu bersama.

MBE yang dicadangkan oleh MPEN bolehlah diibaratkan suatu cara menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis tulen dimana pasaran akan menentukan keadaan ekonomi negara tanpa campur tangan kerajaan. Meskipun data dan fakta jelas mengenai kegagalan teori ekonomi ini seperti mana yang berlaku di US, Greece dan banyak lagi negara kapitalis yang lain, pakar-pakar penggubal MBE masih lagi mencadangkan akan negara kita di transformasikan untuk menjadi negara kapitalis yang tulen.

Kejayaan pencapaian ekonomi lalu di selindungkan dengan sebab rasuah dan korupsi Umno yang terlalu dashat! Penyokong pembangkang tegar sememangnya akan membangkang habis-habisan usaha MPM kerana mereka dilihat sebagai Umno yang diberi nama baru namun pembangkang ini hanyalah terdiri dari pembangkang Melayu manakala pembangkang yang bukan Melayu sangat2 menyokong MBE ini.

Saya sangat-sangat berharap agar orang-orang Melayu membaca MBE dan tuntutan MPM terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menentang usul yang dibawa MPM. Saya akan cuba dapatkan softcopy usul MPM untuk bacaan semua. Kita ketepikan kepentingan politik sepertimana SUQIU bersatu dengan lebih 1800 NGO Cina membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia yang mana sebahagian besar tuntutan mereka telahpun dikabulkan oleh pimpinan negara. Meskipun dalam tuntutan mereka itu, banyak juga yang bersifat umum tetapi secara jelasnya, kepentingan Bangsa mereka telah berjaya diperjuangkan oleh pimpinan mereka. Tidak kira parti, mereka bersatu! (DAP,Gerakan & MCA).

Harapan saya agar kita mampu berbuat demikian demi mempertahankan kepentingan orang Melayu yang telahpun termaktub secara jelas didalam perlembagaan negara.

Sunday, May 30, 2010

Panel sebak MBE tidak sentuh agenda bumiputera


097







KUALA LUMPUR 29 Mei – Seorang ahli panel ’sebak’ apabila membincangkan mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan Model Baru Ekonomi (MBE) kerana ia langsung tidak menyentuh agenda bumiputera seperti mana dasar-dasar ekonomi sebelum ini.

Sambil melahirkan kekecewaannya bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Halipah Esa berkata, perlaksanaan MBE dalam bentuk itu hanya akan membuatkan golongan bumiputera di negara ini akan terus ketinggalan.

Justeru beliau menggesa kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuang agenda bumiputera di dalam pelaksanaan MBE memandangkan kedudukan golongan itu di dalam pelbagai sektor masih belum berjaya sepenuhnya.

”Tidak dinafikan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian diikuti Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) dilaksanakan kedudukan golongan bumiputera ada menunjukkan peningkatan.

”Bagaimanapun secara realitinya agenda bumiputera masih tidak kesampaian. Baik dari segi pemilikan ekuiti, jurang pendapatan dan penyertaan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ulasan mengenai tajuk Agenda Melayu Dalam MBE pada Kongres Ekonomi Bumiputera:MBE di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kongres sehari itu telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Halipah berkata, dari segi pemilikan ekuiti kedudukan antara bumiputera dan bukan bumiputera masih jauh terkebelakang, jurang pendapatan pula masih melebar manakala penyertaan pekerjaan tidak mencerminkan komposisi kaum.

”Inilah kedudukan sebenar golongan bumiputera pada hari ini,” katanya lagi.

Halipah dalam pada itu berkata, pelaksanaan dasar-dasar ekonomi sebelum ini yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera sebagai contoh DEB tidak pernah membantutkan perkembangan ekonomi negara.

”Tidak ada bukti yang menunjukkan pelaksanaan DEB yang bermula pada tahun 1970 telah menyebabkan ekonomi negara kita tidak berkembang.

”Sebaliknya dasar tersebut berjaya menstabilkan negara dalam jangka masa panjang.

”Oleh itu mengapa ada pihak yang terlalu resah dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera sedangkan ia tidak pernah menjejaskan perkembangan ekonomi negara,” katanya lagi.

Halipah berkata, tidak salah kerajaan mahu melaksanakan MBE tetapi ia harus menyerlahkan agenda bumiputera dengan berasaskan Perlembagaan Persekutuan perkara 153.

”Asas kita adalah Perlembagaan perkara 153. MBE tidak boleh lari daripada peruntukan ini. Tambahan pula terbukti yang pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera tidak pernah membantutkan perkembangan ekonomi Malaysia,” ujarnya.

Tuesday, May 25, 2010

Bagaimana Mengurangkan Subsidi Untuk Rakyat?

Kerajaan sedang meminta maklum-balas daripada rakyat berhubung cadangan pengurangan subsidi kepada rakyat. Isu utama adalah bagaimana melegakan kewangan kerajaan dengan mengurangkan bantuan subsidi kepada rakyat tanpa memberi kesan negatif kepada rakyat.

Saya ingin memberi beberapa cadangan yang bukanlah terlalu susah untuk dilakukan tetapi mampu memberi impak yang besar kepada rakyat di negara ini.

Pertama sekali, kita harus melihat mengapa subsidi ini diwujudkan terlebih dahulu. Dasar subsidi kerajaan adalah bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki keperluan asas pada harga yang rendah daripada harga pasaran semasa. Walaubagaimanapun, persoalan penting yang harus kita jawab secara penuh tanggungjawab, perlukan rakyat kita dengan subsidi ini? Pada penghematan saya, kita tidak perlukan subsidi. Yang kita perlukan ialah "good governance" yang akan membantu rakyat kita dengan cara meningkatkan kuasa membeli rakyat kita.

Contohnya: Ahmad bekerja sebagai operator pengeluaran di Kilang. Mereka mempunyai 1 orang anak dan memperolehi pendapatan berjumlah RM1,500 sebulan. Setelah ditolak caruman kwsp & socso, pendapatan boleh belanja Ahmad berbaki RM 1,300.00. Adalah menjadi lumrah untuk keluarga seperti Ahmad untuk memiliki sebuah kenderaan perodua/viva dimana ansuran bulanan adalah sebanyak RM600. Pendapatan Ahmad kini hanya tinggal RM700 dimana belanja makan sebanyak RM300, dan baki RM400 digunakan untuk petrol,telefon, sewa rumah dan lain-lain.

Sekiranya kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi tanpa usaha lain membantu Ahmad meningkatkan kuasa membeli beliau yang kini hanya tinggal RM700 setelah ditolak ansuran kereta, Ahmad akan berdepan dengan masaalah yang lebih serius.

Cerita Ahmad adalah cerita lebih kurang 80% cerita penduduk di negara kita. Mereka membelanjakan hampir separuh pendapatan mereka untuk membayar ansuran bulan kereta mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mampu hidup tanpa subsidi dan mereka senantiasa akan berada didalam kesusahan.

Cadangan saya adalah untuk kerajaan membantu keluarga seperti Ahmad dan seluruh rakyat dengan menghapuskan cukai kenderaan. Proton harus disaran untuk menjadi "Outsourcing" partner kepada rakan pengilang strategik. Proton tidak lagi perlu diberi perlindungan kerana Proton tidak lagi akan membuang wang untuk R&D. Bayangkan, dahulu Proton membelanjakan RM500 juta untuk R&D mengeluarkan Satria Neo. Apa guna mempunyai kereta jenama negara jika beribu Ahamad terpaksa hidup dalam kesusahan. Apa yang akan terjadi jika ini berlaku?

Ahmad akan hanya membayar rm300 (max) untuk ansuran kereta beliau. Walaupun kerajaan mengurangkan/menghapuskan subsidi, ahmad sudah mempunyai wang lebihan RM300 untuk digunakan sebaik mungkin.

Kesan terhadap kerajaan. Pendapatan kerajaan akan terjejas sedikit tetapi akan dapat ditampung dengan pengurangan subsidi. Dalam masa jangka panjang, pendapatan purata rakyat akan meningkat dan kuasa membeli akan terus meningkat namun kos tetap untuk liabiliti seperti kenderaan tetap dan tidak akan berubah. Cita-cita mewujudkan "High Income Economy" akan menjadi lebih mudah tercapai.

Kesan terhadap Proton. Dalam masa jangka pendek, Proton tidak lagi memonopoli pasaran kereta tempatan, namun hasil daripada kerjasama pintar dengan pengilang lain, Proton masih akan bertahan dan menjadi syarikat nasional automotif utama. Jangkamasa panjang pula, Proton akan mengaut keuntungan yang lebih kerana tidak perlu membuang wang untuk peruntukkan R&D.

Dalam tempoh 5 tahun, Kerajaan tidak perlu memberi subsidi umum kepada rakyat dan hanya memerlukan peruntukkan minimum untuk membantu "golongan fakir miskin" sahaja.

Diharap pakar-pakar ekonomi bersetuju dengan pendapat saya.....