Tuesday, August 17, 2010

MCA berjuang untuk Bangsa Cina Umno berjuang untuk Bangsa.........?

Dasar Liberalisasi kerajaan yang dimulakan oleh oleh PM merupakan satu bola tanggung yang diberikan kepada MCA. Kini apabila MCA mengambil peluang barulah Umno terkapai-kapai ingin mempertahankan kepentingan Melayu sedangkan jelas bagi MCA mereka hanyalah memperjuangkan kepentingan bangsa Cina. Dasar affirmatif hanyalah disokong oleh mereka sekiranya ianya dilakukan secara halus dan bukan jelas bagi mempamerkan bahawa orang Melayu telah dikurangkan hak dan keistimewaannya.

Umno masih tetap sama dan tidak berubah. Masih banyak bahagian yang tidak langsung mengulas secara rasmi pendirian terbaru MCA ini. Mungkin kerana tidak mahu dilihat sebagai menentang dasar 1 Malaysia yang kini semakin jelas memperlihatkan kuasa menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Pada saya, sekiranya Umno tidak mahu dan tidak mampu berubah, maka gabungan NGO perlu buat suatu perangcangan untuk tidak lagi bergantung dengan Umno dalam memperjuangkan hak Melayu dan bumiputra.

Perkasa boleh mengambil alih peranan ini. Lihat sahaja kehadiran Menteri & orang penting dalam negara ke kongres ekonomi cina. Kenapa mereka tidak hadir semasa Kongres Ekonomi Melayu tetapi beriya-iya datang ke kongres cina. Jelas sekali mereka merasakan bahawa bangsa Cina lebih utama dan lebih penting dari bangsa Melayu.

Fikir-fikirkanlah! Isu penggabungan Umno dan PAS tidak mungkin berlaku sekiranya Umno tetap dengan cara lama dan masih lagi terikat dengan mentaliti bangsawan!

Wallahualam