Monday, March 23, 2009

Melayu Bebas Melayu Merdeka

Saya terpanggil untuk meruntuhkan tembok reformis saya dan membuka ruang untuk wacana yang lebih bersifat 'neutral' dan 'non-partisan' apabila melihat parti yang diharap mendukung agenda merakyatkan kerajaan seakan-akan gagal dan terpesong dari matlamatnya.

Umno masih lagi hidup dalam 'denial' dan PKR khasnya dilihat sebagai parti yang bersungguh-sungguh memperlihatkan 'keneutrallan' mereka dalam memperjuangkan sesuatu isu sehingga merugikan kelompok yang paling ramai iaitu bangsa melayu. Oleh kerana terlampau mahu penunjukkan PKR parti yang berjuang untuk semua bangsa, terlalu banyak keputusan yang dibuat mempamerkan bahawa nasib orang melayu tidak wajib dibela.

Malang sungguh bangsa Melayu kita ini. sudahlah kebanyakkan kita masih lagi susah dengan sistem yang kita warisi ini, parti yang diharap membawa sinar baru pun nampaknya tidak mampu membantu.

Anwar Ibrahim memang tokoh hebat! Disegani dan dihormati diseluruh dunia namun pimpinan dan penyokong fanatiknya merosakkan imej beliau sebagai negarawan. Beliau yang dahulunya mampu berhujah dengan ayat al-quran dan hadith kini terlihat lebih menampilkan karya-karya barat, China dan India kerana terpaksa mempamerkan wajah seorang neutral yang memperjuangkan semua bangsa.

Lihat sahaja di Pulau Pinang & Selangor, beliau terpaksa akur kepada pimpinan bukan melayu kerana pimpinan melayu didalam PKR kebanyakkanya terlalu rapuh pendiriannya. Selain dari Azmin dan saifuddin tokoh-tokoh lain dilihat seperti melukut tepi gantang. Ilmu agama dan semanagt melayu yang cetek menyerlahkan kepincangan barisan pimpinan muda ini.

Ada tokoh yang agak baik karismanya seperti saudara Fairus di penang, di injak-injak oleh saudara dan suku sakat saudara anwar hanya kerana mereka tidak suka orang luar. (Fairus disifatkan sebagai orang Selayang kerana tidak tinggal di Penang). Jadi segala kekuatan media alam maya digunakan untuk menumbangkan beliau.

Jadi apa pilihan untuk orang-orang Melayu? Kalaulah dapat Anwar berkerjasama dengan Najib alngkah baiknya untuk orang Melayu....

Saya pasti penyokong reformis akan menolak mentah-mentah cadangan ini tetapi hakikat bahawa Najib tetap akan menjadi Perdana Menteri tidak boleh disangkal lagi.

Mungkin beliau mempunyai sejarah hitam yang lampau tetapi saya pasti setelah menjadi PM beliau akan berubah dan Anwar boleh membantu beliau dalam membawa Bangsa Melayu lebih kedepan bersama-sama memajukan negara tercinta.

Perkara yang lepas kita lupakanlah dan ayuhlah bersama-sama mebina semula negara yang kian pincang ini. Kepada penasihat Najib dan Anwar fikirkanlah saranan ini demi bangsa,agama dan negara. Ayuh kita bina Melayu Bebas dan merdeka dan kita goncangkankan dunia ini!

Melayu Tajam