Melayu Bebas

Saturday, July 11, 2009

Si Kurang Ajar!


Songkok: Kenapa Manoharan begitu berani?

Sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah , Selangor M. Mahoharan terhadap amalan rasmi memakai songkok di sidang Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipandang sebagai satu isu sepintas lalu.

Agendadaily mendapat tahu ramai yang merasa keceluparannya membuat kenyataan kepada para wartawan Rabu bertapa kurang senangnya mengenai songok yang dipakai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim juga dari DAP semasa menjalankan tugasnya pada persidangan itu - sudah melangkau batas keterlaluan.

Apa yang mahu ditunjuk dan mesej yang hendak disampaikan oleh aktivis Hindraf yang dibebaskan oleh ISA Mei lalu itu? Ini yang menjadi persoalannya bilamana beliau secara terang-terang memberi syarat bagi dulu status bumiputra kepada bukan Melayu di negara ini baru dia mahu pakai songkok.

Ingat kes ADUN DAP kawasan Bentayan,Johor , Gwee Tong Hiang yang diarah oleh Speaker Datuk Mohamad Ali Hassan meninggalkan dewan kerana tidak memakai pakaian seragam rasmi termasuk songkok pada majlis perasmian pembukaan DUN Johor pada tahun lalu sejurus sebelum Sultan Johor masuk.

" Di sini kelmarin, ada yang tunjuk jaguh tak nak pakai baju . Kalau nak,keluar dari sini sekarang,"titah baginda yang murka menyentuh mengenai insiden berkenaan.

Manoharan mungkin merasa selamat beliau bercakap mengenai hal itu di Selangor yang dikuasai pakatan pembangkang.

Juga mungkin Manoharan merasa beliau selamat untuk kata apa saja kerana beranggapan undi kaum India selepas tsunami Mac 2008 kini sangat-sangat berharga hingga semua orang sanggup ‘ jual’ apa jua bagi merebutnya.

Segala hal melibatkan kaum India tiba-tiba telah menjadi isu besar termasuk Kampong Buah Pala di Pulau Pinang selepas pilihanraya 2008 seolah-olah orang Melayu di negara ini tidak ada masalah langsung.

Kalau tidak mana mungkin Hindraf berani gertak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nak tarik balik sokongan kaum India pada DAP jika tidak dapat selesaikan masalah 23 keluarga India di kampong itu.

Dari sudut politik semua orang boleh baca apa yang tersirat disebaliknya bila Guan Eng cuba ‘ cuci tangan’ nak tolak bala yang sedang beliau hadapi itu kepada kerajaan pusat.

Manoharan dan rakan-rakannya mungkin boleh ketawa riang ria melihat gelagat semua orang jadi kelamkabut nak selesai isu yang dibawa oleh mereka.

Gambaran yang cuba diberikan oleh Hindraf dan mereka yang sewaktu dengannya seolah kaum India selurunya di negara ini hidup merempat,tertekan,dipijak dan merana setiap saat jauh lebih teruk dari rejim junta tentera Myanmar.

Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia , Lokman Nor Adam tindak tanduk Manoharan adalah serius dan telah mengguris perasaan orang Melayu

Katanya ADUN DAP itu harus memohon maaf secara terbuka di atas kebiadaban dan sikap keterlaluan itu.

‘‘Kami Pemuda UMNO memandang serius dan menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan bersentimen perkauman dan melampau yang dibuat oleh Manoharan atau mana-mana pihak yang lain.

Beliau berpendapat keengganan Manoharan memakai songkok dan berbaju kebangsaan menunjukkan beliau sudah lupa sejarah dan asal kewarganegaraannya.

Katanya, tuntutan supaya status bumiputera diberikan kepada semua kaum terlebih dahlu sebelum mengenakan pakaian itu bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial malah menghina semua orang Melayu khususnya di kawasan beliau.

Lokman berkata, tindakan sedemikian bukannya baru kerana itulah pendekatan pembangkang dengan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) memainkan isu-isu perkauman sedangkan merekalah yang sering membangkitkan tuntutan sedemikian.

Rakan sejawatnya Megat Zulkarnain Omardin yang turut kesal mengingatkan kesabaran orang Melayu ada hadnya.

Beliau berkata, orang Manoharan itu tidak harus dibiarkan kerana tindakannya terus mempertikaikan status bumiputera dan sengaja mencetus kontroversi pada persidangan DUN Selangor kelmarin boleh mengundang kemarahan masyarakat Melayu.

"Manoharan cuba bermain api kerana sengaja menyentuh hak keistimewaan golongan bumiputera yang selama ini dipelihara Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Apa yang menjadi tandatanya besar sekarang bagaimana pendirian PAS dan orang-orang Melayu dalam PKR sendiri terhadap tindak tanduk seumpama ini.

Ada andian yang mengatakan mereka ini semua semakin berani membuat kenyataan-kenyatan yang tidak pernah didengar dulu kerana ‘ diberi muka’ oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan cita-cita besar nak jadi Perdana Menteri.

Golongan Erdogan dalam PAS yang diketahui tidak akan berani langgar cakapnya juga main lagu senada dan seirama dengannya juga dikatakan tidak berani berbunyi kerana takut hilang sokongan bukan Melayu.

Sebab itu bagi mereka PAS tidak harus bercakap langsung dengan UMNO soal perpaduan.

Bukan rahsia lagi muslihat politik yang tersirat ialah perpaduan Melayu akan menghancurkan keutuhan pakatan pembangkang yang sekaligus punahkan impian Anwar nak ke Putrajaya yang dirasa sudah terlalu hampir.

Soalnya sekarang dimana orang Melayu nak bersandar dalam menghadapi gelagat ala-Manoharan dan mereka yang sewaktu dengannya?-12/7/2009




Syarat nak pakai songkok…


Baru melangkah masuk hari pertama ke sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selepas dibebaskan dari ISA Mei lalu,ADUN DAP Kota Alam Shah M.Manoharan yang juga aktivis Hindraf sudah mahu tunjuk belang dengan mempersoalkan pemakaian songkok.

Katanya beliau kurang senang melihat Speaker Dewan Negeri Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok semasa menjalankan tugasnya pada persidangan itu.

"Saya tengok Tuan Speaker memakai songkok. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya kepada para wartawan.

Manoharan berkata jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan.

Katanya semua rakyat Malaysia perlu berbangga memakai pakaian kebangsaan tetapi buat masa sekarang bukan Melayu tidak berasa bangga untuk memakainya kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera.

"Saya tidak akan gunakannya sehingga saya diberi status Bumiputera," katanya.

Katanya status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.-8/7/2009


Posted by Unknown at 9:29 PM 1 comment:

Melayu Majoriti Besar Malaysia - Bukan Melayu Bimbang


Bukan Melayu bimbang mereka hilang kuasa politik di Malaysia

Oleh : Jeman Sulaiman, Berita Harian Singapura

MASYARAKAT minoriti di Malaysia kian dihantui dilema kaum yang dikhuatiri menggugat kedudukan masa depan mereka di negara itu.

Tanda kebimbangan ini mula mencengkam kaum Cina dan India Malaysia menyusuli hasil banci penduduk terbaru yang menunjukkan kadar pertumbuhan mereka kian merosot sejak beberapa tahun lalu.

Tambahan penduduk majoriti Melayu dan bumiputera pula menimbulkan tanda tanya segera tentang kemungkinan kedua-dua kaum minoriti hilang kuasa politik kelak.

Mengikut banci penduduk Malaysia tahun lalu, kadar kelahiran kaum Cina dan India terus menurun.

Salah satu faktor utama dipercayai penghijarahan meningkat ke negara lain terutama melibatkan golongan muda kedua-dua kaum minoriti itu.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, pernah prihatin akan kehilangan ramai bakat muda Cina dan India angkara Dasar Ekonomi Baru yang memberi layanan istimewa kepada kaum bumiputera.

Kerajaan Malaysia membanci penduduk setiap tempoh 10 tahun.

Kali ini, hasil banci mendapati jumlah penduduk Melayu dan bumiputera lain bertambah 4.5 peratus. Mereka kini membentuk 65.1 peratus daripada 23.27 juta penduduk Malaysia.

Jumlah penduduk Cina pula merosot daripada 28.1 peratus kepada 26.0 peratus, manakala kaum India daripada 7.9 peratus kepada 7.7 peratus.

Kejatuhan jumlah penduduk Cina dan India sejak merdeka dalam 1957 berpotensi menandakan penghakisan pengaruh politik kaum minoriti.

Kaum Cina selaku kelompok minoriti terbesar dengan 37 peratus dalam 1957 kini mendapati jumlah mereka merosot sehinggakan Persatuan Cina Malaysia (MCA) -- parti utama Cina -- cukup prihatin untuk memastikan kaum itu kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik menerusi kadar kelahiran tinggi.

Berdasarkan perhitungan MCA, kaum Cina mungkin setakat membentuk 20 peratus penduduk Malaysia menjelang 2020 dan hanya 13 peratus dalam 2100 jika kadar kelahiran mereka terus menjunam.

Bimbang kaum merosot

Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri S. Samy Vellu, turut bimbang akan kemerosotan jumlah penduduk kaum India kerana ia akan mengurangkan suara politik mereka.

Beliau mendakwa kaum India sebelumnya membentuk 10.3 peratus penduduk Malaysia, sedangkan banci terbaru menunjukkan jumlah mereka merosot 2.6 peratus. Walaupun beliau mengakui sebab-sebab sosio-ekonomi mendorong keluarga kecil, merosotnya jumlah penduduk India bermakna kuasa politik mereka kian tipis.

Ketua statistik kerajaan, Datuk Shaari Abdul Rahman, menerangkan pertambahan penduduk bumiputera lebih berpunca daripada jumlah lebih ramai wanita Melayu berbanding kaum lain, termasuk tahap kesuburan lebih tinggi dan kecenderungan keluarga Melayu mempunyai ramai anak.

Banci terbaru juga menunjukkan jumlah umat Islam Malaysia meningkat daripada 58.6 peratus 10 tahun lalu kepada 60.4 peratus. Agama Buddha mempunyai penganut kedua terbesar (19.2 peratus) dengan diikuti Kristian (9.1 peratus) dan Hindu (6.3 peratus).

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38 juta dalam 1991 kepada 23.27 juta sekarang. Perangkaan penduduk terbaru turut meliputi 1.38 juta orang asing -- termasuk pendatang sah dan haram -- di negara itu ketika banci tahun lalu.

Jumlah penduduk di kawasan bandar meningkat daripada 50.7 peratus dalam 1991 kepada 62 peratus.

Banci itu mendapati ramai penduduk Malaysia berkahwin lewat, dengan jumlah golongan bujang meningkat. Bagi lelaki, usia purata yang berkahwin naik daripada 28.2 tahun dalam 1991 kepada 28.6 tahun. Di kalangan wanita, kenaikan usia kakwin meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun.

Malah, banci kali ini mendedahkan lebih ramai lelaki berbanding wanita di Malaysia -- 104 lelaki bagi setiap 100 wanita. Trend warga tua juga bertambah, terutama yang berusia 65 tahun dan ke atas -- bertambah daripada 3.7 peratus kepada 3.9 peratus.

Mungkin kerana bimbangkan kejatuhan lanjut penduduk Cina, MCA menggalakkan usaha menemukan jodoh secara besar-besaran.

Akhbar New Straits Times (NST) melaporkan MCA menubuhkan 'Kelab-Kelab Temu Jodoh' di seluruh negara sejak Julai lalu bagi menyediakan tempat berkenalan lelaki dan wanita bujang China.

Perintis kelab itu, Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Pergerakan Wanita MCA, membayangkan 60 pasangan yang ditemukan akhirnya berkahwin.

"Kami bercita-cita menganjurkan perkahwinan beramai-ramai sempena ulang tahun pertama kelab yang bererti meningkatnya jumlah penduduk kaum Cina," ujarnya.

Beliau menekankan peri pentingnya dari segi politik memastikan jumlah penduduk kaum Cina terus tinggi. Namun, beliau akur kejatuhan penduduk Cina tidak wajar dilihat semata-mata isu kaum, tetapi juga masalah nasional.

"Isu ini melibatkan kepentingan nasional kerana kemerosotan penduduk Cina bermakna kejatuhan daya produktiviti," katanya.

Lebih membimbangkan kaum minoriti ialah tanggapan meluas terakhir ini tentang kebangkitan Islam di Malaysia. Walaupun majoriti penduduk Malaysia umat Islam, agama lain bebas diamalkan.

Dr Mahathir telah mengulangi jaminan hak bukan Melayu tetap tidak terancam walaupun Islam berperanan penting di Malaysia.

Beliau mempertahankan dasar kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno bagi memastikan semua kaum mendapat layanan setara.

Dalam pertemuan dengan masyarakat peniaga Cina baru-baru ini, beliau cuba meyakinkan kaum itu agar tidak gusar oleh kenyataan kerajaan bahawa Malaysia ialah negara Islam. Dr Mahathir menasihatkan hak kaum minoriti mengikut perlembagaan Malaysia tidak mudah dirampas.

"Hak anda tetap terpelihara. Kerajaan tidak berniat mendiskriminasi bahawa bukan Islam tiada bertempat atau kebebasan," ujarnya.

Beliau mengingatkan usahawan Cina yang menguasai ekonomi negara itu supaya terus membantu pemulihan Malaysia dari kegawatan.

"Selama ini, anda menikmati kemakmuran di Malaysia sebagai negara Islam. Kerajaan sentiasa bekerjasama rapat dengan masyarakat Cina," tambahnya.

Dr Mahathir menjelaskan kenyataan kerajaan bahawa Malaysia diakui sejagat sebagai negara Islam sederhana semata-mata demi menangkis dakwaan pembangkang Parti Islam (PAS).

Jaminan hak

"Saya harap masyarakat Cina tidak lagi khuatir tentang kenyataan ini. Usahlah menyangka kerajaan akan membuat sesuatu yang akan mengikis hak anda," katanya.

Dr Mahathir terpaksa beberapa kali menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara Islam setelah PAS mendakwa kononnya pelaksanaan sistem Islam oleh kerajaan setakat ini belum mencukupi. Sebaliknya, beliau menuduh PAS sengaja cuba memperdaya golongan bukan Islam tanpa menetapkan dengan nyata jenis pemerintahan Islam sebenar yang dinginkannya.

"Saya syak negara Islam yang diinginkannya serupa ajaran Taleban di Afghanistan, dengan wanitanya dipaksa tutup dari kepala hingga ke kaki, dinafikan pendidikan, dan bukan Islam ditindas," katanya.

PAS kini memerintah dua daripada 13 negeri di Malaysia -- Kelantan dan Terengganu.

Dr Mahathir memberi amaran kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap pelampau agama kerana tidak mahu rakyat Malaysia didiskriminasikan serupa di Afghanistan di bawah Taleban.

"Kerajaan akan menentang habis-habisan golongan yang menggunakan Islam untuk kepentingan tertentu," katanya.

Beliau yakin kerajaannya telah memerintah Malaysia mengikut cara Islam yang betul. Perlembagaan Malaysia menetapkan negara itu sekular walaupun Islam menjadi agama rasmi.

Walaupun pernah berlaku rusuhan kaum paling berdarah dalam 1969, Dr Mahathir dan pemimpin kerajaan telah berupaya mengimbanginya dengan kepentingan kaum dan agama lain.

Selama 20 tahun berkuasa, Dr Mahathir dan Kerajaan BN mengutamakan pembangunan ekonomi untuk menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia.

"Di Malaysia, semua kaum hidup harmoni dan bekerjasama. Keadaan ini patut dikekalkan," tegasnya.

Isu kaum dan agama dianggap sensitif di Malaysia yang penduduknya majmuk.

Terakhir ini, Umno dan PAS bersaing sengit bagi memenangi sokongan Melayu menjelang pilihan raya umum mendatang, dengan masing-masing membentangkan visi negara Islam tersendiri bagi Malaysia.

PAS telah meraih sokongan meningkat di kalangan pengundi negeri-negeri majoriti Melayu sewaktu pilihan raya umum 1999 dan sering mengulangi ikrarnya untuk menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia jika terpilih berkuasa.

Perjuangan PAS itu telah menyebabkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berteras Cina keluar dari perikatan pembangkang dalam Barisan Alternatif (BA) yang dikuasai PAS.


Posted by Unknown at 8:50 PM No comments:

Pecahan Etnik Di Malaysia

Ethnic groups
Malays and other indigenous groups65 percent
Chinese26 percent
Indian8 percent
Other1 percent

http://encarta.msn.com/fact_631504809/malaysia_facts_and_figures.html

Meskipun kaum Bumiputera merangkumi 65% daripada jumlah rakyat, tetapi polisi kerajaan hanya melebihkan keutamaan bangsa yang 26% dan 8%. Demi golongan 34% ini, yang 65% dinafikan haknya! Kesian sunggu kaum Bumiputera Malaysia....:(

Posted by Unknown at 8:39 PM No comments:

Peratusan Kaum Mengikut Bangsa Di Malaysia

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.

Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Melayu
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.

Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Cina
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/about/culture.asp
Posted by Unknown at 8:18 PM No comments:

Apa Nak Jadi Dengan Bangsa Kita?

Salam,

Dah lama tak tulis email disini.... malang sungguh bangsa kita nie... Najib cukup berjaya! Beliau memang hebat! malah lebih hebat dari Tun Mahathir ! Dasar 1 Malaysia beliau sememangnya cukup hebat!

Perlu diingat, Dr Mahathir mensasarkan Wawasan 2020 sebagai tarikh untuk Malaysia menjadi negara Bangsa Malaysia. Dimana ketika itu orang Malaysia akan dikenali sebagai bangsa Malaysia sepertimana di Indonesia, America dan lain-lain negara yang telah bersatu dibawah identiti negara.

Namun DS Najib, dengan hanya 100 hari mengambil alih pemerintahan negara terus sahaja ingin melaksanakan 1 negara Bangsa. 1 Malaysia!

Hebat sungguh pemimpin kita ini!

Hanya dengan 100 hari, beliau telah menghapuskan hampir 70% polisi-polisi yang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Bukan Melayu bertepuk sakan dan cukup gembira bilamana DS Najib mengambil kesempatan untuk membuat pengishtiharan dasar liberalisasi yang dengan tegas melupuskan polisi-polisi yang mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

Satu-satunya Kementerian untuk membantu orang Melayu berniaga (MeCD) telah dilupuskan. Ramai orang kementerian menangis melihat kejadian ini. Dasar 30% PEMILIKAN bumiputera didalam IPO dan syarikat pelaburan asing ditarik balik. Biasiswa untuk Bumiputera di buka kepada semua. Sehinggakan setiahusaha politik beliau pun dilantiknya orang berbangsa cina.

Tidak hairanlah orang Bukan Melayu suka, tetapi yang Melayu suka, bersorak dan melompat-lompat nielah yang hairan! Kenapa yer? Kenapa kita suka yea? Hebat-hebat Mahathir pun beliau masih lagi realist. Adakah Melayu sudah sedia? Sejak bila FDI tidak masuk kerana tidak suka dasar membantu bumiputera? Selama ini berbillion FDI masuk kenapa tiada masalah? Di cyberjaya sahaja berpuluh syarikat besar luar negara masuk, di Pulau Pinang, Selangor dan banyak lagi tiada masalah pun!

Saya kini bersifat neutral dari segi parti, tetapi yang jelasnya UmNo masih lagi tidak serik mengkhianati orang Melayu. PKR pula harus dipantau dan ditegur dengan keras kerana banyak dasar di Selangor tidak langsung membantu orang Melayu.

Jurang ekonomi keluarga antara Melayu dan Cina menjadi semakin besar! Apalah sedihnya nasib bangsa kita.... bersambung lagi....

http://melayubebas.blogspot.com



--- On Sat, 11/7/09, ziee lipan wrote:

From: ziee lipan
Subject: [PerisikRakyat] 100 HARI PM NAJIB - AnWAR MAKIN PENING
To: PerisikRakyat@yahoogroups.com
Date: Saturday, 11 July, 2009, 6:15 PM



1. Genap 100 hari DS Najib menjadi PM. Pelbagai langkah dan strategi telah diumum bagi memaksima usaha pemulihan ekonomi negara. Saya pasti banyak lagi langkah sedang dirangka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintahan negara. TPM TS Muhyiddin setakat ini juga menunjukkan prestasi baik menjadi ‘orang nombor dua’ yang punya wawasan membawa Malaysia ke hadapan.

2. selama 100 hari ini juga AnWAR terkial-kial mencari rentak lagu baru untuk terus mengaburi mata rakyat. AnWAR cukup tercabar dengan langkah liberalisasi ekonomi DS Najib. Inilah dasar yang dijaja AnWAR untuk dilaksana jika beliau berkuasa semasa fenomena 16 September ‘diributkan’ AnWAR. AnWAR terlalu obses dengan Adam Smith yang menganjurkan pasaran ekonomi terbuka teruja memburukkan DEB ketika itu.

3. Setelah PM merealisasikan dasarnya, AnWAR tetap tidak mahu mengakui dasar PM itu bakal merubah lanskap ekonomi negara sementara hak-hak bumiputera terus dipelihara. AnWAR tetap mencerca dasar yang dibawa PM sebagai dasar retorik yang tidak akan mengubah apa-apa dalam perkembangan ekonomi negara. AnWAR ‘malu mata’ gamaknya untuk mengakui dasar positif yang dibawa PM itu.

4. Langkah politik AnWAR juga agak terbatas sekarang. Beliau kini bertemu “buku dengan ruas”. Pasti pengalaman menjadi Naib Ketua Pemuda di zaman AnWAR membolehkan DS Najib membaca setiap ’silat politik’ AnWAR. Gelanggang persilatan AnWAR kini dipagar tanpa beliau melihatnya. Langkah terbaik AnWAR kini mahu mengumpan lawannya masuk ke gelanggang beliau agar bersilat jurus yang sama juga tidak dilayan!

5. Isu liwat beliau sekadar menambah kekusutan AnWAR. Di sebalik ketidak yakinan AnWAR kepada sistem kehakiman negara (spt ug diucapkan dlm byk ceramah beliau), AnWAR terus ‘meliwat’ sistem kehakiman negara dengan niat mahu melambat atau menggugurkan kesnya. Pelbagai provokasi cuba dibuat AnWAR agar PM dan kerajaan dilihat mencampuri urusan kehakiman, namun hanya penyokong AnWAR yang tidak rasional itu saja yang mempercayainya.

Inilah antara sebab mengapa AnWAR beria-ia mahu menggagalkan peralihan kuasa kepimpinan negara tempohari. Pelbagai usaha dibuat AnWAR, namun ketentuan Allah itu tetap benar. Kini AnWAR dilaporkan cuba membina ‘jambatan’ dengan DS Najib. Sementara di depan penyokongnya AnWAR mencaci dan menghina PM, di belakang penyokongnya, AnWAR menghantar beberapa utusan kepada PM.

Sebenarnya niat AnWAR terarah kepada campurtangan cabang eksekutif agar menggugurkan kes liwat beliau. Namun PM sendiri tentunya lebih tahu ‘game’ yang cuba dimain oleh AnWAR dan PM tahu bagaimana untuk ‘react’ dari tindakan AnWAR ini. Seperti slogan PM, ” 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, tentunya PM sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dari mengutamakan kes AnWAR yang merupakan krisis moral beliau sendiri….

100 hari pertama DS Najib sebagai PM benar-benar membuat AnWAR sesak nafas. Mahu maju ke hadapan, berundur ke belakang, bergerak ke sisi kiri atau kanan, semuanya serba tak kena buat AnWAR! Sikap keterbukaan kerajaan bakal mematangkan rakyat untuk menilai siapa AnWAR Ibrahim sebenarnya…..

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KE 100 PERLANTIKAN NAJIB SEBAGAI PM MALAYSIA..



Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
__._,_.___
Messages in this topic (1)Reply (via web post) | Start a new topic
Messages | Files | Photos | Database | Polls | Calendar
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
MARKETPLACE
Mom Power: Discover the community of moms doing more for their families, for the world and for each other
Yahoo! Groups
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
RECENT ACTIVITY
  • 3
    New Members
Visit Your Group
Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Yahoo! Groups

Cat Group

Join a group for

people who love cats

Support Group

Lose lbs together

Share your weight-

loss successes.

.

__,_._,___
Posted by Unknown at 8:52 AM No comments:

Melayu Di Khianati Lagi

Sudah agak lama saya tidak berkesempatan menyambung tulisan di blog ini. Teralalu banyak perkara telah berlalu tetapi yang menjadi suatu kejadian malang ialah apabila wawasan 2020 yang dicanangkan Tun Mahathir telah cuba di hasilkan oleh PM baru Datuk Seri Najib.

Pemimpin-pemimpin Melayu kini berhujah bermati-matian mengatakan kita harus menjadi satu bangsa! Bangsa Malaysia dan ramai bukan Melayu dan yang Melayu pun menyokong seruan ini.

Hakikatnya, yang bukan Melayu tetap dengan Bangsa mereka, dan yang Melayu hilang kemelayuaannya!.

Apabila orang Melayu bercakap tentang kepentingan orang Melayu, orang bukan Melayu mengatakan orang Melayu terlalu bersifat perkauman dan ramailah media-media utama khasnya surat khabar berbahasa inggeris menggambarkan yang Melayu itu terlalu emosi tetapi apabila mereka yang bukan Melayu bercakap isu bangsa mereka, mereka disanjung dan diangkat sebagai pejuang demokrasi.

Hakikat utamanya, Melayu telah semakin terpinggir! Dasar-dasar yang sebelum ini mempertahankan hak keistimewaan Melayu kebanyakkannya telah terhakis dalam masa 100 hari PM baru memerintah negara. Apakah yang akan terjadi kepada orang Melayu selepas 1 tahun nanti?

Melayu kini dikhianati lagi!

Pena Tajam
Posted by Unknown at 2:08 AM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

My Blog List

  • WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
    MENEEIMA KUNJUNGAN MENTERI LUAR CHINA
    21 minutes ago
  • Detikdaily 2002

Patutkah Melayu serah haknya kepada bukan Melayu?

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2010 (11)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
  • ▼  2009 (10)
    • ►  August (3)
    • ▼  July (6)
      • Si Kurang Ajar!
      • Melayu Majoriti Besar Malaysia - Bukan Melayu Bimbang
      • Pecahan Etnik Di Malaysia
      • Peratusan Kaum Mengikut Bangsa Di Malaysia
      • Apa Nak Jadi Dengan Bangsa Kita?
      • Melayu Di Khianati Lagi
    • ►  March (1)
Picture Window theme. Powered by Blogger.